TUGASAN 2 : PENULISAN

Emosi boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang kuat yang kita arahkan kepada seseorang atau sesuatu. Terdapat enam jenis emosi yang selalu kita hadapi dan kita arahkan kepada orang dan benda iaitu kemarahan, ketakutan, kesedihan, kegembiraan, meluat dan terkejut.

Bolehkan kita beremosi? Jawapannya ialah tidak, kerana apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik maka segala urusan yang kita buat akanmenjadi baik dan lancar. Kita akan bekerja lebih produktif. Emosi juga membolehkan kita memahami emosi orang lain. Emosi yang dipamerkan juga dapat menilai kematangan setiap orang.

Hasilkan peta pemikiran i-Think berkaitan punca-punca stress dan pengurusan emosi guru. Seterusnya sertakan refleksi terhadap dapatan anda tentang punca stress dan pengurusan stress dalam kalangan guru.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TUGASAN 1 - PENGHASILAN PRODUK

Memang tidak dapat dinafikan penggunaan laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Hi-5 dan lain-lain semakin meluas di seluruh dunia termasuk juga Malaysia. Laman web sosial digunakan ramai untuk pelbagai tujuan seperti berhubung dengan rakan, mencari kawan lama, mencari kawan baru, memasarkan barangan, melebarkan rangkaian kenalan dan lain-lain lagi.

Tidak hairanlah jika ditanya, pasti ramai baik yang bergelar pelajar, pekerja serta surirumah mengakui "melekat" di komputer melayari laman web berkaitan saban hari. Lebih parah lagi jika mereka ketagih permainan komputer secara online di laman tersebut.


 Berita Minggu (Ahad, 19 September 2010)



Berdasarkan kenyataan di atas hasilkan laman sosial dalam blog, Facebook atau web berasaskan Kursus EDU3039. Sertakan "storyboard" atau tatacara pembinaan laman sosial tersebut serta cara dan kaedah penggunaannya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REFLEKSI PUNCA DAN PENGURUSAN STRESS DI KALANGAN GURU




Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara untuk mengurus stress dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress kita selaku pendidik perlu melakukan perkara yang pelbagai dan positif yangmana boleh diaplikasikan oleh diri kita sendiri selaku pendidik mahupun warga pelajar di bilik darjah. Stress perlu diurus dengan efektif kerana jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak baik dimasa mendatang. Ini akan memberikan kesan buruk kepada individu yang terbabit dalam jangka masa panjang.


Stress atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar. Robbins , 1993 , menerangkannya sebagai : -


“Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA PENGURUSAN STRESS


Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat. Guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan tertekan dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PUNCA STRESS DI KALANGAN GURU

Di zaman yang serba mencabar ini, pelbagai tekanan yang dihadapi oleh setiap manusia dan tidak terkecuali profesion keguruan. Tekanan ini wujud sama ada dalam bentuk fizikal, sosial atau psikologikal. Kesan tekanan ke atas individu bergantung kepada ciri-ciri atau sikap bagaimana seseorang individu itu menanganinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAB 6 : PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN INOVASI GURU


BAB 6
PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN INOVASI GURU
1.0              PENGENALAN
Kebelakangan  ini, slogan Wawasan 2020 seringkali dicanangkan di seluruh pelusuk negara sejak diutarakan oleh YAB Perdana Menteri kita, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada tanggal 28 Februari, 1991. Sembilan cabaran yang terkandung dalam Wawasan 2020 adalah sejajar dengan Dasar Pembangunan Negara yang terdapat di dalam Rancangan Jangka Panjang Kedua ( RRJP 2 ) - ( 1991 – 2000 ). Dalam bab ini membincangkan mengenai peranan pengurusan kreativiti dan inovasi pendidikan  inovasi guru ke arah pembinaan budaya dalam pelajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar.  Sebenarnya, usaha dalam pengurusan inovasi adalah bukannya satu usaha yang bermusim: sebaliknya merupakan usaha yang berterusan. Untuk kejayaan sebegini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai tanpa melalui laluan sukar dan panjang serta mencabar. Melalui pelbagai kraativiti dan inovasi yang meluas dan bebas sahaja yang dapat meningkatkan martabat pendidikan. Maka segala cabaran dan rintangan oleh guru akan dapat dihadapi tanpa meletakkan sebarang syarat yang boleh membelenggu daya fikiran, kreativiti dan inovasi kita daripada berkembang. Malaysia memerlukan warga negara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran di bidang pelbagai bidang. Kebolehan mengguna dan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi terkini memerlukan warga negara yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang berkenaan. Sekurang-kurangnya matlamat mewujudkan ramai tenaga kerja yang berkemahiran dalam pelbagai mata pelajaran dan profesional (arkitek, jurutera dan lain-lain) pada tahun 2020 dapat dicapai. Namun, masih terdapat kelemahan-kelemahan dalam usaha untuk membudayakan pembelajaran melalui kreativiti dan inovasi dalam pendidikan terutamanya di kalangan pelajar-pelajar luar bandar.  Segala inovasi guru dalam kurikulum dan kokurikulum sistem pendidikan dan pembelajaran negara perlu memastikan kandungan ilmu mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Ramai berpendapat bahawa inovasi itu juga perlu melahirkan pelajar yang pada masa yang sama tetap utuh mempertahankan jati diri dan identiti bangsa Malaysia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Artikel BAB 5






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS