REFLEKSI PUNCA DAN PENGURUSAN STRESS DI KALANGAN GURU




Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara untuk mengurus stress dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress kita selaku pendidik perlu melakukan perkara yang pelbagai dan positif yangmana boleh diaplikasikan oleh diri kita sendiri selaku pendidik mahupun warga pelajar di bilik darjah. Stress perlu diurus dengan efektif kerana jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak baik dimasa mendatang. Ini akan memberikan kesan buruk kepada individu yang terbabit dalam jangka masa panjang.


Stress atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar. Robbins , 1993 , menerangkannya sebagai : -


“Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”.



Stress umumnya adalah suatu bentuk perlakuan , tingkahlaku pelaku atau tindak balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan ataupun cabaran bergantung kepada situasi , keadaan dan tempat yang melibatkan perasaan dalaman di dalam diri individu yang terlibat. Ianya amat subjektif untuk dirungkai secara mendalam kerana ia bukanlah sesuatu yang jelas ketara sepertimana tulisan yang dapat dibaca di halaman - halaman majalah. Tekanan ini kebiasaannya dapat diterima dengan baik diperingkat awal namun jika dibiarkan dalam satu tempoh yang agak lama tanpa sebarang pengawasan mahupun penyelesaian lama-kelamaan ia bakal menjadi barah malah ia boleh dikatakan sebagai pencetus kepada penyakit yang menyerang jiwa dan mental yang pelbagai dimana ia memungkinkan tercetusnya situasi dimana individu itu tidak berupaya untuk memenuhi tuntutan persekitarannya selain mengakibatkan gangguan fungsi kehidupan yang drastik. Bagi yang lebih buruk ia dan telah “burn out” situasi yang tidak ditangani ini akan membawa kepada penyakit mental ataupun ditakrifkan gila oleh masyarakat sekeliling akibat kemurungan dan gangguan yang terpaksa dihadapi oleh pelaku tersebut. Nyatanya individu yang bertitik tolak dari kepelbagaian masalah seperti desakan hidup , berdepan dengan masalah , pengalaman lampau , kekangan , peristiwa sedih atau memalukan malahan keadaan persekitaran yang tidak menyokongnya boleh mencetuskan situasi yang negatif dan menjadi punca stress yang mengakibatkan pelbagai keburukan seperti kebimbangan, keletihan dan ketegangan kepada individu. Selain itu, tekanan ini juga boleh megakibatkan tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia didalam tubuh badan kita. Hakikatnya ia adalah sesuatu yang normal dan berlaku kepada setiap insane di dunia ini tanpa mengira sesiapa. Kadangkala kita alpa dan tidak mengetahui bahawa individu juga memerlukan stres sebagai perangsang ataupun daya penggerak jika dipandang dari sudut positif namun apabila tidak dapat dikendalikan dan diadaptasi dengan sebaiknya ia akan membebankan dan member akibat yang buruk kepada kita terutamanya selaku warga pendidik di sekolah. Selaku pendidik beban tugas yang terlampau yang dipertanggung jawabkan kepada para pendidik juga merupakan sesuatu yang besar dalam cabaran pendidikan abad ke-21 malah ia juga telah dibincangkan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia namun tiada jawapan yang jelas diterima. Oleh itu , guru-guru akan terus dilambakkan dan dibebani dengan tugas-tugas yang baru bagi memenuhi matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Ini tidak akan mendatangkan stress dan tekanan yang melampau sekiranya ia dapat ditangani dengan baik dan bijak oleh para pendidik disekolah khasnya. Selain itu , hubungan buruk dengan majikan dan rakan sejawat juga boleh menjadi sumber penggalak tekanan di sekolah. Ini jelas berlaku apabila terdapatnya sistem komunikasi dua hala yang tidak berkesan dan seterusnya melahirkan hubungan yang tidak harmoni dikalangan warga sekolah disamping tekanan jiwa yang memuncak akibat memendam perasaan yang terlalu lama di dalam dalam diri individu yang terlibat seterusnya akan membawa kepada kemurungan , hilang pertimbangan , produk atau hasil kerja yang tidak produktif dan pencapaian yang menurun kesan daripada moral yang kurang kental.Tekanan ini harus ditangani dengan bijak oleh pelaku agar ia tidak mengganggu situasi diri , keluarga , masyarakat serta persekitaran pelakunya.


Terdapat pelbagai cara untuk menangani tekanan yang memuncak dalam diri pelaku. Sebagai seorang yang beragama Islam kita harus mempercayai qada dan qadar yang terjadi kerana ia adalah ketentuan Allah SWT bagi menguji sejauh mana iman dan kekuatan kita sebagai hamba. Selain memperbanyakkan amal ibadat dan kita juga harus sentiasa berharap dan berdoa agar mendapat petunjuk dan hidayah daripadaNya. Pelbagai kaedah dan teknik dapat dilaksanakan bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi secara bijak dan efektif. Diantara tindakan yang boleh diaplikasikan untuk menangani stress yang berlaku kepada pelaku ialah dengan cara mendapatkan khidmat pakar kaunseling ataupun meluahkan perasaan kepada orang yang terdekat dan boleh dipercayai. Kaunselor adalah individu yang tepat bagi menyelesaikan permasaalahan ini kerana mereka lebih araif dan memahami trait personaliti dan bijak dalam teknik dan kaedah bagi mengendalikan tekanan dalam apa jua situasi.


Kesimpulannya disini kita selaku insan yang serba kekurangan harus memahami punca – punca stress dan memahami cara menangani stress ini agar ia dapat ditangani dan disedari diperingkat awal lagi. Kita juga tidak maksum serta tidak dapat lari dari membuat kesilapan dalam perilaku kita pada setiap masa dan situasi , namun selaku makhluk ciptaan Allah yang tidak mampu melawan kehendak takdir qada’ dan qadar ketentuan pencipta dalam kehidupan kita seharian , kita boleh mengatasinya dan mencuba untuk menemukan jalan penyelesaian yang terbaik dan efektif kearah itu khasnya agar kualiti kehidupan kita terjamin dan tidak terjejas dalam usaha kita untuk menjadi insan yang ceria , bermotivasi , yakin pada diri sendiri serta cekal dan bersemangat kental dalam menghadapi dugaan dan badai yang mendatang terutamanya selaku pendidik yang bakal melahirkan insan cemerlang menerajui negara dimasa akan datang.








TIPS PENGURUSAN STRESS




TEKNIK MENGATASI STRESS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment