Gembira – membantu kanak-kanak atau remaja
berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap
mengenai sesuatu yang mereka sukai.
Marah – membantu mencari jalan
bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan
mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang
bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.
Takut – rasa terancam, suatu
motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi.
Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari
jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.
Sedih – Kehilangan, tidak
mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat
apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.
Geli – Selalunya dikaitkan dengan
makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang
kanak-kanak berhati-hati agar tidak ‘terkena’ apa yang yang beliau geli.
Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka
berperasaan begitu.
Cemas – Asalkan tidak keterlaluan,
sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri
dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak
proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.
Malu – Menjadikan kanak-kanak
menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan
sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku
mereka sendiri.
Rasa
bersalah – wujud
bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari standard tingkah
laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan
berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan,
perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar
berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.
Rasa
bangga –
tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati atau dihargai oleh orang
lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka
meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang
berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.
0 comments:
Post a Comment