BAB 1
ISU DAN
CABARAN SEMASA DALAM PENDIDIKAN
1.0 PENGENALAN
Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa
sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan
zaman, maka bolehlah dianggap bangsa atau negara tersebut gagal dalam
melaksanakan tanggungjawab memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Peranan
sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang
berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf
baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh
meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi
dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Selanjutnya
dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas.
Kemajuan dalam teknologi maklumat member kesan secara langsung atau tidak
langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang
berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita.Sistem pendidikan akan berubah
sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik Perubahan aspek
tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir
dan tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi
gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang
kepada pembangunan bangsa dan negara.
Menurut
Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam ucapan
sempena menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini, telah
meminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf
mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu
pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangat
kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak
bersedia menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing
dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara mestilah
seiringdengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat
memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. Kerap juga Perdana
Menteri dalamu capannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju
dalam acuan kita sendiri". Oleh itu dalam
melaksanakan tanggungjawab tersebut, negara kita Malaysia juga tidak terlepas
dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara dalam menjadikan sistem
pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.
2.0 KEBERKESANAN KURIKULUM DI
SEKOLAH DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
Dunia
tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran
maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan
lucah atau porno melalui Internet, melayari alam siber yang menjadi trend
masyarakat dan juga program tv banyak menyiarkan filem-filem, drama yang
berunsur ganas dan lucah baik di tv percuma mahupun swasta serta yang menjadi
kegilaan ramai sekarang ini iaitu facebook menyebabkan berlakunya gejala
negatif di masyarakat kini. Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa
ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah
mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula
keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat
pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemahan
sistem pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh
perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu
bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan
mencabar.
Pengurusan
pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam
perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi
telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam
pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi
meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Contohnya adanya aplikasi
e-spel, emis dan sebagainya. Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak
pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:
1. ~
Membantu dan mempermudahkan pentadbir sekolah membuat keputusan.
2. ~
Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
3. ~
Mengurangkan beban pentadbiran dalam melaksanakan
tugas yang pelbagai.
4. ~
Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
5. ~ Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul,
memproses dan menyimpan data seperti
laporan kehadiran pelajar dan sebagainya.
6. ~
Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah
peperiksaan pelajar.
7. ~ Penempatan pelajar dalam kelas.
8. ~
Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
9. ~
Pembinaan jadual waktu guru.
10. ~
Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan
sebagainya.
11. ~
Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah
serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan
pentadbir dan guru.
3.0 KESEDIAAN GURU DALAM MENGHADAPI
GLOBALISASI
Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan
daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita
menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami
maksud sebenar globalisasi. Menurut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telah mentafsirkan global bermaksud
mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala,
globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Scholte
(2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan
kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia
yang terbuka dan tanpa sempadan. Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri kita,
Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia telah
mengingatkan agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi dengan arus globalisasi
sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu membina kekuatan
dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan buruk kepada kita. Kita
sedia maklum bahawa dengan globalisasi perkembangan yang signifikan dapat
dicapai dan ianya berfokus kepada profesion keguruan yang semakin mencabar di
negara ini.
Cabaran
yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan
inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya
dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan
beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:
1.
Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan
perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka
tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari
idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan
kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.
2.
Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan
agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang
drastik kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan
juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu
menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea
mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan
kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan
penyampai ilmu.
3.
Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum
bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan
tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus
idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami
masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran
seperti kerja-kerja pengkeranian, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus,
menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari
kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".
4.
Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar
untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang
memberikan sokongan iaitu dari segi:
a.
kewangan
b.
motivasi dan dorongan
c.
pengiktirafan
d.
penyediaan peralatan untuk pengajaran dan
pembelajaran dan
e.
mengurangkan karenah birokrasi di peringkat
sekolah.
5.
Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan
tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru
sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti
pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan
mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.
3.1 CABARAN DALAM MENGHADAPI ARUS PERUBAHAN
DASAR
Pembangunan pendidikan sesebuah Negara merupakan
aspek yang sangat penting dalam pembentukan Negara bangsa. Untuk menuju kearah status
pendidikan Negara maju. Pemerintah berperanan bagi mencorak masa depan dunia
pendidikan Negara. Ini kerana melalui pendidikanlah sesebuah Negara dapat
berkembang maju terutamanya dari segi pembangunan insan yang telah diwarwarkan
oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Melalui pendidikanlah
akan lahir warga yang berilmu dan
ientelektual bagi memacu Negara kearah hasrat murni Negara maju menjelanag
2020. Suasana politik Negara berperanan dalam pembangunan pendidikan Negara.
Pemerintah yang memandang bahawa pendidikan merupakan asas kepada pembangunan
Negara perlu di kekalkan. Pemerintah yang sentiasa berusaha memikirkan cara
membangunkan sektor pendidikan dengan meperkenalkan pelbagai dasar dasar demi
pembangunan pendidikan Negara. Hari ini keperluan mengekalkan pemerintah yang
pentingkan soal pendidikan amatlah perlu, adalah menjadi satu cabaran untuk
mengekalkan suasana politik seperti hari ini. Sekarang sedikit sebanyak soal
pendidikan cuba diganggu gugat oleh pihak pihak yang sengaja menangguk di air
yang keruh. Mengambil kesempatan kepada warga pendidik, pelajar pelajar demi
kepentingan peribadi.seperti contoh warga kampus sendiri dipengaruhi oleh pihak
tertentu demi kepentingan individu. Mereka
tidak segan sanggup memberontak seperti berdemontrasi tanpa memikirkan baik dan
buruk. Namun apa yang jelas suasana pendidikan Negara terjejas. Andai terganggu
gugat sistem politik sedia ada hasrat pencaturan dasar dasar kerajaan yang
telah ditentukan dari saban tahun yang
dikaji dan digubal demi memantantapkan suasana pendidikan Negara akan terjejas,
kerana kita masih kabur tentang bawaan suasana baru sistem politik yang akan
mengantikannya.demi untuk itu isu ini menjadi cabaran yang besar untuk kita
berfikir sebelum membuat sebarang tindakkan yang kita sendiri tidak tahu
kesannya.
3.2 CABARAN DALAM MENGEKALKAN KESTABILAN
POLITIK
Mengekalkan kestabilan politik juga merupakan
cabaran besar kepada dunia pendidikan. Kestabilan politik memainkan peranan
yang besar untk memacu arus kemajuan dunia pendidikan. Suasana Negara yang
aman, dengan penuh hrmoni dan muhibbah, menjadikan segala
perancangan-perancangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa
sebarang gangguan. Sebagai pedoman, kita
lihat suasana politik dunia sekarang. Contohnya Negara – negara yang bergolak
pada hari ini. Suasana pendidikan tidak dapat berjalan lancar. Apabila suasana
politik tidak stabil, Negara akan menjadi huru-hara, banyak berlakunya
kekacauan, pembunuhan seperti masyarakat dibunuh, guru dibunuh, sekolah
dibakar, dari hal ini apa yang Negara akan dapat. Apa yang pasti kerugian yang
terpaksa ditangung.kita lihat Negara
kita hari ini. Sudah ada tanda-tanda negatif kearah itu. Hal ini perlu
dibendung dengan segara demi msasa depan pendidikan negara.
3.3 CABARAN DALAM MENGEKALKAN KESTABILAN
EKONOMI
Cabaran seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah
mengekalkan status quo ekonomi Negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan
kemajuan ekonomi Negara yang pesat dpat membantu untuk pembangunan sektor
pendidikan Negara. Banyak kemudahan-kemudahan
pendidikan dapat dibangunkan seperti insfrastsruktur seperti banguan
–banguan yang selesa, dan sebagainya. Dengan tahap ekonomi yang baik
program-program boleh dirancang untuk kepentingn pendidikan. Berdasarkan pengalaman
tahun 2007, apabila berlaku krisis
ekonomi, banyak program terutama pembanguanan sektor pendidikan terbantut,
banyak peruntukan perbelanjaan yang selama ini digunakan untuk sektor
pendidikan ditarik balik. Ini akan menganggu kemajuan sektor pendidikan.
3.4 CABARAN MENANGANI ISU SOSIAL
Dewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut warga
Negara Malaysia. Kita sering disajikan dengan pelbagai isu sosial remaja yang
rata-rata terdiri dari mereka yang menghuni institusi pendidikan terutama
sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar hari, antara kes masalah
sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng
sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri
dalam daging kepada sektor pendidikan , yang seterusnya boleh menghalang
perkembangan pendidikan secara positif. Banyak masa, wang dan tenaga digembleng
untuk menaganinya. Dari hari kesehari ia membiak bak kudis buta yang tiada berkesudahan pada dunia pendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh
semua pihak dengan bijak , isu ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem
pendidikan kita pada hari ini.Selain itu juga, gejala sosial lain peperti
ponteng sekolah, pergaduhan buli , juga manjadi isu hangat disekolah seperti
juga diatas, ia perlu ditangani dengan sebijak mungkin.
3.5 CABARAN UNTUK MERAPATKAN JURANG
PENDIDIKAN ANTARA BANDAR DAN DESA
. Sistem persekolahan yang berbeza
mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa.
Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai
perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem
pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan
Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta
Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi
secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat
tinggal yang berlainan.Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan
pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di
kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan
mereka. Sabah dan serawak.masih ada di antara murid – murid disana masih
ketinggalan dari segi kemudahan insfrastruktur dan sebagainya. Sehingga kini
jurang pendidikan antara desa dan Bandar
masih ketara.
3.6 CABARAN UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM
. Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan
menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah
dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan
pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Hari ini isu perpaduan
masih rapuh, kita sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih
berlakunya kerengangan hubungan antara
kaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu dilaksanakan terutama mengekalkan
perpaduan Negara.
Selain itu untuk mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu
masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan
dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu.sesuatu
telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan antaranya penggunaan bahasa pengantar dan sistem
peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.Kurikulum
yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat membentuk sahsiah, keperibadian
dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Hasrat membina
Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,meningkatkan
disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP). Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira
kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah
berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan
yangsama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan
kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung
antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.Perlaksanaan
sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaranyang memberi peluang yang lebih
luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara
langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan Untuk
mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan
latar belakang. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai
aliran untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan
persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.
3.7 CABARAN DARI SEGI PEMANTAPAN AGAMA
Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menyatakan bahawa: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan pelbagai usaha dilaksanakan untuk
memantapkan potensi diri dari segi keagamaan. Antaranya perlaksanaan Kurikulum
ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
mulai tahun1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah,
Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat
mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk
tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Dengan
menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP).
3.8 CABARAN ALAF BARU
Perubahan-perubahan
yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri
adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak
dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud
dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan
sumbangan teknologi baru yang serba canggih. Masalah yang timbul dari cabaran
tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi.
Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah
persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang
berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke
arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun
rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya
ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.
a. PEMBINAAN BUDAYA ILMU
Ilmu
merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan
serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah
daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu
dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai
ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd.
Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di
mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun
tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan
keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di
peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu
pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang
meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci
segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan
negara.
Para
pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh
saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu
menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa
masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan
sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian
dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk
berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop
yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani gelombang
perkembangan dan perubahan masa kini.
b. PEMBUDAYAAN
MASYARAKAT MALAYSIA
Perkembangan
ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak
diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan
kebudayaan yang terpelihara. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja,
dadah, seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu
ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini
sebagai satu peluang (opptunity) secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai
merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani
di kalangan pelajar dan masyarakat.
4.0 PERANAN
PENDIDIK
Tuntutan
abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan.
Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti
hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah
menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru
akan datang iaitu:
• kaya maklumat (termasuk sains dan
teknologi)
• kekuatan minda (krestif dan proaktif)
• nilai-nilai luhur dan murni (termasuk
penyayang)
• semangat jati diri, jaya diri dan
keusahawanan, dan
• ketrampilan
Untuk
menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan,
maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan
ciri-ciri berikut pula:
• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi
(pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan
menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran
(cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini
• dapat menyaring dapatan-dapatan kajian
dan penyelidikan mutakhir
• boleh bekerjasama dengan rakan sejawat
dan orang lain, dan
• memiliki keyakinan terhadap peranan
dan sumbangan sebagai pendidik.
Satu
agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah
Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam
sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran,
pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan
guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru
bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan
Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan
Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat
ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih
penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan
tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan
seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita." (1997)
Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidk mempunyai tanggungjawab
melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:
1.
Membina Budaya Ilmu
Kemampuan
para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu denganperkembangan semasa,
seperti:
a . Teknologi dan perkomputeran
Para
pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk
melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi
serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat
untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.
b. Kemahiran
berfikir dan pemikiran konstruktif
Pelajar-pelajar
mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan
pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual
tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
c. Kebolehan
menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes
Para
pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori
dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental
mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful
learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan
perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan
kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of
Learning iaitu:
~ Learning to know ( Belajar untuk
menguasai ilmu)
~ Learning to do (Belajar untuk
menguasai kemahiran)
~ Learning to be (Belajar untuk menjadi
insan berguna)
~ Learning to live together (Belajar
untuk harmoni dan bekerjasama)
d. Menerapkan
nilai-nilai murni/moral/akhlak
Nilai-nilai
murni menitikberatkan perlakuan baik,
peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan
Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
e. Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri
Melahirkan
generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan
Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang
menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsive
kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam
sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik,
teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.
f. Membentuk
Masyarakat Madani
Pendidik
yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat
membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni.
Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak
masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek
teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan
ketahanan diri diberikan perhatian serius. Kurikulum dalam sistem pendidikan
kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk
masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara
mesti diberi perhatian:
~ Prinsip berteraskan keimanan dan moral
yang menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dan
kesejahteraan masyarakat.
~ Mendorong perkembangan indidvidu dari
segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi.
~ Sistem sosial yang cekap dan saksama
serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau
kepentingan individu.
~ Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh
diteladani Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga
negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan
diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik,
berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin
dan amalan hidup yang cemerlang.
5.0 ISU-ISU
DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN
A. Sistem Persekolahan
Pelbagai Aliran
Memasuki tahun
2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan
keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus
permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan
kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan,
sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali
isu-isu berkenaan dengan system persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan
yang akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada
sistem persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang
sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu
yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan
dan kepentingan yang berbeza.
Seringkali
setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat, dipengaruhi
oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum mengetahui
bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan
kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan
masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak
berubah dari aspek perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan
sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di
sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling
kenalmengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim. Namun begitu, kewujudan
sekolah yang pelbagai aliran – seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil – telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini,
ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih
diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar.
Hal
demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk
mewujudkan hanya satu system sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat
Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan
dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu
timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat
Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja.
Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan system sekolah
pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin
hak-hak mereka.
Idea
menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya
semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu
aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum tertentu, malah ia akan
terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia.
Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan
bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah yang sama aliran. Di
sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu
terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini
menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India.
Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan
Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat.
Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan;
manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa
utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan
sehingga kini.
B. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Pada
tahun 2003, semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, suatu dasar baru
pendidikan diperkenalkan, iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI). Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu pada
tahun 2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa PPSMI akan
dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, disebabkan timbulnya masalah-masalah. Walau
bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, pelajar yang telah memulakannya boleh
meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris.
Isu PPSMI
merupakan isu besar dalam pendidikan Malaysia kerana mendapat tentangan
daripada masyarakat Melayu terutamanya. Antara sebab-sebab ia mendapat bantahan
dari banyak pihak ialah kerana: (1) ianya bertentangan dengan Perlembagaan
Perkara 152, iaitu memartabatkan bahasa Melayu; (2) prestasi pelajar-pelajar
Melayu terutamanya merosot dalam subjek Sains dan Matematik; (3) kurangnya guru
yang terlatih; dan (4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu, para
cendiakawan, tokoh akademik, ahli politik, dan NGO atau Non Governmental
Organization yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Ada
sesetangah pihak mempersoalkan mengapa setelah 7 tahun ia dilaksanakan, kini
mendapat tentangan? Mungkin kah ianya sejajar dengan kehendak masyarakat yang
telah merasai kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut kepada pelajaran
anak-anak mereka? Sememangnya, murid-murid dan pelajar-pelajar di luar bandar
menunjukkan keputusan yang merosot kerana ternyata sehingga kini mereka masih
lagi ketinggalan, terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris. Masyarakat luar
bandar terutamanya masih belum bersedia sepenuhnya menerima PPSMI dilaksanakan
kerana bimbang dengan masa depan.
C. Pengisian Kurikulum Dan Ko-Kurikulum
Masalah lain
yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam kurikulum dan aktiviti
ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan
pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980). Hal ini penting kerana ia memberi
kesan, sama ada positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati
diri dan disiplin. Sekiranya pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum
mengikut keperluan rakyat, maka tentu sebarang masalah tidak timbul. Tetapi
oleh kerana wujud kelemahan-kelemahan dalam pengisian kukirulum dan
ko-kurikulum, reaksi yang negatif kelihatan dalam hubungan masyarakat.
Contohnya, sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan
Tamil sebagai subjek wajib telah menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India
tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.
Bagi
mereka, bahasa ibunda ialah identiti yang harus dipelihara. Mukriz Mahathir
(2008) memberi pandangan supaya satu sistem persekolahan sahaja diwujudkan
dengan menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek yang wajib diambil
oleh murid-murid Cina dan India (kenyataan dalam Utusan Online di
http://www.utusan.com.my, 2/12/2008). Murid-murid Melayu boleh mengambil bahasa
Mandarin dan Tamil sebagai salah satu subjek pilihan. Secara tidak langsung,
orang Melayu akan dapat menguasai bahasa Mandarin dan Tamil yang akhirnya dapat
merapatkan jurang pendidikan antara kaum.
Masyarakat
perlu memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem pendidikan adalah
berlandaskan keperluan pembentukan Negara Malaysia sebagai negara demokrasi
yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, agama, dan menjadikan Malaysia maju
ke hadapan. KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah) merupakan kurikulum yang diperkenalkan bagi meningkatkan lagi
pendidikan dan perpaduan masyarakat, tetapi keberkesanannya untuk
menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum masih memerlukan penambahbaikan
(Shahril @ Charil Marzuki et al., 1995:110-126).
D. Merealisasikan Wawasan 2020
Wawasan
2020 telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamad, pada 28 Febuari 1991 yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020. Reformasi yang telah
dilakukan dalam sektor pendidikan adalah langkah konkrit untuk menuju ke arah
Wawasan 2020. Bagi merealisasikan Wawasan 2020, antara sasaran yang mahu
dicapai adalah mengenai perpaduan Negara di mana sektor pendidikan menjadi
peneraju utama. Dalam sektor pendidikan, sistem persekolahan yang sempurna menjadi
pendekatan yang digunakan untuk memastikan perpaduan di kalangan masyarakat.
Tema perpaduan dalam sistem persekolahan amat dititiberatkan kerana hanya
melalui perpaduan matlamat mencapai Wawasan 2020 dapat direalisasikan. Bermula
dari sekarang (2010), hanya 10 tahun sahaja masa yang ada untuk negara Malaysia
menjadi negara maju.
Namun
begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul persoalan tentang
persediaan untuk menghadapinya. Contohnya, hubungan masyarakat Malaysia kini
masih lagi perlu diperkukuhkan kerana masih wujud tanda-tanda kelemahan dalam
hubungan masyarakat. Sistem persekolahan sepatutnya menjadi medium penggerak
kepada masyarakat supaya mereka dapat disatupadukan melalui peluang pendidikan.
Tetapi, masih wujud permasalahan dalam menentukan sistem persekolahan kerana
ada sesetengah pihak mahu mengekalkan sistem persekolahan yang sedia ada,
manakala sesetengah pihak lain mahu perubahan.
Masalah-masalah
dalam sistem pendidikan yang bermatlamatkan perpaduan negara diringkaskan
melalui: (1) Masalah isu berbangkit hak bumiputra dan bukan bumiputra; (2)
Jurang pencapaian pendidikan orang Melayu dan bukan Melayu melalui peluang
pekerjaan dan pendapatan; (3) Masalah keciciran pelajar-pelajar Melayu dan
bukan Melayu; (4) Hubungan yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan
Melayu; (5) Kurangnya pergaulan antara pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu,
terutama selepas waktu sekolah; dan (6) Kurangnya pengetahuan dan tidak
memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan, dan adat resam sesuatu
kaum.
6.0 PENUTUP
Kesimpulannya,
pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan telah memaksa industri
pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai
gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin
pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap
perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra
sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi.
Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan
pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin
sengit.
Oleh itu,
peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri
amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir
sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang
berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara
runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan
kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi
memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.
3 comments:
Salam. Boleh saya tahu sumber rujukan bagi penulisan ni? Terima kasih
tahniah yana a very good writing on Isu dan cabaran semasa dalam pendidikan. well written. congrats again
Post a Comment