BAB 6
PENGURUSAN
INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN INOVASI GURU
1.0
PENGENALAN
Kebelakangan ini, slogan Wawasan 2020 seringkali
dicanangkan di seluruh pelusuk negara sejak diutarakan oleh YAB Perdana Menteri
kita, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan
Malaysia di Kuala Lumpur pada tanggal 28 Februari, 1991. Sembilan cabaran yang
terkandung dalam Wawasan 2020 adalah sejajar dengan Dasar Pembangunan Negara
yang terdapat di dalam Rancangan Jangka Panjang Kedua ( RRJP 2 ) - ( 1991 –
2000 ). Dalam bab ini membincangkan mengenai peranan pengurusan kreativiti dan
inovasi pendidikan inovasi guru ke arah
pembinaan budaya dalam pelajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar. Sebenarnya, usaha dalam pengurusan inovasi
adalah bukannya satu usaha yang bermusim: sebaliknya merupakan usaha yang
berterusan. Untuk kejayaan sebegini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai
tanpa melalui laluan sukar dan panjang serta mencabar. Melalui pelbagai
kraativiti dan inovasi yang meluas dan bebas sahaja yang dapat meningkatkan
martabat pendidikan. Maka segala cabaran dan rintangan oleh guru akan dapat
dihadapi tanpa meletakkan sebarang syarat yang boleh membelenggu daya fikiran,
kreativiti dan inovasi kita daripada berkembang. Malaysia memerlukan warga
negara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran di bidang pelbagai bidang. Kebolehan
mengguna dan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi terkini memerlukan
warga negara yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang berkenaan.
Sekurang-kurangnya matlamat mewujudkan ramai tenaga kerja yang berkemahiran
dalam pelbagai mata pelajaran dan profesional (arkitek, jurutera dan lain-lain)
pada tahun 2020 dapat dicapai. Namun, masih terdapat kelemahan-kelemahan dalam
usaha untuk membudayakan pembelajaran melalui kreativiti dan inovasi dalam
pendidikan terutamanya di kalangan pelajar-pelajar luar bandar. Segala inovasi guru dalam kurikulum dan kokurikulum sistem
pendidikan dan pembelajaran negara perlu memastikan kandungan ilmu mampu
melahirkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Ramai
berpendapat bahawa inovasi itu juga perlu melahirkan pelajar yang pada masa
yang sama tetap utuh mempertahankan jati diri dan identiti bangsa Malaysia.
2.0 INOVASI DALAM KURIKULUM
Satu kenyataan yang dikeluarkan merumus bahawa kurikulum
sejarah adalah mata pelajaran penting untuk membina jatidiri dan identiti
berkenaan. Inovasi dalam mata pelajaran itu seharusnya lebih bersifat
kontekstual yang tertumpu ke arah membentuk pemikiran kritis, kreatif dan
kemahiran pemikiran sejarah yang selanjutnya dapat pula menanamkan minat
pelajar untuk mempelajari subjek sejarah bermula di peringkat prasekolah.
Mengenai usul kepemimpinan dan pentadbiran, seminar itu memutuskan pendidikan
pelbagai budaya adalah strategi terbaik bagi mengendalikan kepelbagaian yang
ujud dalam masyarakat majmuk yang boleh menimbulkan konflik dalam kepimpinan
dan pentadbiran sistem pendidikan negara. Bagi menjamin kecemerlangan
organisasi sekolah pula, dicadangkan elemen kemanusiaan (hubungan
interpersonal, komunikasi, kerja berpasukan dan hubungan luar) dijadikan
tunggak kepada kecemerlangan dalam kepimpinan sekolah. Berhubung ICT, peserta
berpendapat para pendidik perlu memaksimumkan pengintegrasian ICT dalam
penyusunan dan penginovasian pendidikan sejajar dengan kepesatan era teknologi
bagi menghasilkan bahan pembelajaran yang berkesan dan meningkatkan pencapaian
pelbagai jenis pelajar. Penyelaras ICT Sekolah perlu dilatih supaya mahir dalam
aspek pengurusan makmal, penyenggaraan dan penyelenggaraan komputer, di samping
Makmal ICT perlu diberikan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi melengkapkan
segala kemudahan dan sumber.
Warga pendidik perlu menjadikan Facebook sebagai salah satu wadah
perbincangan yang seterusnya dapat memartabatkan ICT dan membudayakan
e-pembelajaran sebagai satu daripada bentuk inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam usaha menggubal dasar ke arah berinovasi khususnya untuk
menangani masalah sekularisme dan dualisme dalam falsafah ilmu yang diambil
dari Barat terhadap pemikiran dan pendidikan masyarakat Islam, seminar
merumuskan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu menerapkan konsep
kesepaduan atas paksi kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (PSTPN) dan semua polisi yang dirangka ke arah inovasi
pendidikan negara perlu memastikan graduan yang dihasilkan oleh IPT menjurus
kepada pembangunan holistik pelajar, yang mempunyai kemahiran generik/insaniah
cemerlang, agar graduan ini mampu memimpin dan bekerja dalam organisasi
nasional dan global. Sebarang keperluan
dan kepentingan transformasi dan inovasi dalam pendidikan negara perlu menjurus
ke arah penghayatan belajar seumur hidup, yang mampu menjadikan sistem
pendidikan Malaysia beyond excellence, serta mewujud perimbangan
antara akhlak dan moral, adab dan disiplin, akademik dan teknikal/vokasional,
dan nisbah lelaki dan wanita. Bagi memenuhi keperluan milenium baru dan dunia
tanpa sempadan, peserta memutuskan bahawa kurikulum yang kemas dan bersifat
futuris perlu diwujudkan bagi sistem pendidikan negara. Satu mekanisme yang mampu menapis unsur-unsur yang negatif dan batil dari
falsafah ilmu barat perlu diwujudkan supaya transformasi dan inovasi dalam
pendidikan negara tidak mengancam kelangsungan agama rasmi, sistem nilai,
kepercayaan dan budaya kita. Menyentuh isu
Sekolah Agama Rakyat (SAR) pula telah dirumuskan bahawa dalam usaha menangani
isu sensitif dan kontroversi yang sering terjadi dalam operasi pengurusan SAR
dan institusi-institusi pendidikan Islam yang lain, satu Model
Penyelarasan Kerjasama (MPK) yang menghimpunkan semua kuasa eksekutif dalam
satu kelompok yang mempunyai struktur organisasi tersendiri dan carta alir
penurunan, pembahagian dan bidang kuasa masing-masing perlu dibentuk.
3.0 PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN INOVASI
Peranan guru sebagai tunjang utama dalam
memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak
dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf
bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan,
pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Proses
pendidikan sentiasa sinonim dengan aktiviti perubahan. Teori behaviorism
misalnya menekankan perubahan tingkah laku sebagai ukuran keberkesanan
pencapaian objektif pembelajaran. Pendirian berkenaan juga disokong oleh
sarjana perancangan kurikulum seperti Ornstien yang melihat reka bentuk
kurikulum sebagai memenuhi keperluan perubahan.
Di Malaysia, dinamika perubahan
dalam dunia pendidikan diberikan pelbagai nama seperti inovasi, reformasi dan
transformasi. Hakikatnya, tanpa slogan yang muluk-muluk pun, pendidikan tetap
tidak boleh lari daripada momentum perubahan. Namun, manusia memang tertarik
dengan susunan kata yang indah seperti cogan kata dan tema tertentu. Syarat
penting inovasi ialah sikap properubahan dan tidak terikat dengan status quo.
Istilah zon selesa sebenarnya tidak wujud dalam kamus seorang guru inovatif.
Segala ikhtiar intervensi ialah bukti betapa kaum guru sentiasa iltizam dengan
ikrar keguruan untuk membawa anak bangsa ke mercu kecemerlangan. Bijak pandai
mengatakan bahawa harapan ialah roda utama yang menyebabkan manusia terus
bergerak. Guru sentiasa menyalakan harapan terhadap sebahagian murid yang
berasa rendah diri justeru latar belekang sosioekonomi dan pengalaman hidup
mereka yang tidak setara dengan rakan sebaya yang lebih bernasib baik. Dorongan
dan kata-kata semangat oleh seorang guru inovatif yang peka terhadap potensi
dan fakulti kanak-kanak umpama titisan air yang memulihkan daun-daun yang
hampir layu.
Guru bukan lilin yang membakar
diri, tetapi umpama matahari yang menyebarkan cahaya harapan dalam kehidupan
insan. Kini, kaum guru telah menikmati pelbagai kemudahan dan ganjaran sebagai
balasan kepada perkhidmatan yang diberikan. Walaupun agak ketinggalan jika
dibandingkan dengan kerjaya ikhtisas yang lain, kaum guru telah diberi penghargaan
yang cukup tinggi. Guru Inovatif adalah guru yang mampu membuat transformasi
(perubahan) atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau
kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan
minda yang lebih dinamik. Atas dasar itu, guru haruslah berperanan untuk
menggarap elemen-elemen inovasi di dalam melonjak transformasi pendidikan
negara, dengan idea dan kepakaran yang diterpakan sebagai proses pengajaran dan
pembelajaran dapat mengaplikasi segala sumber ilmu melalui kaedah yang paling
kreatif dan berinovasi.
Usaha
melahirkan modal insan yang beriman dan bertakwa bukanlah suatu usaha yang
mudah dan boleh di pandang remeh. Usaha tersebut memerlukan ilmu dan kemahiran
yang tinggi. Justeru atas tuntutan tersebut, para guru telah banyak berkorban
masa, tenaga dan wang ringgit tanpa mengenal erti penat lelah dan perasaan
jemu bagi memastikan anak-anak didiknya menjadi insan yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara pada masa hadapan. Selain daripada itu juga para guru
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghapuskan kejahilan dan kecelaruan
yang sering kali bermain dibenak fikiran anak-anak didiknya. Dengan berkat
kesabaran, kesungguhan dan pengorbanan yang ditunjukkan maka akhirnya lahirlah
mereka yang berjaya dan tersohor di tengah-tengah masyarakat.
3.1 CIRI-CIRI GURU BERINOVASI
- Berkualiti menempuh era globalisasi yang diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi.
- Mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.
- Fleksibel dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
- Sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan.
- Sentiasa memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata.
- Mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir.
- Menilai pencapaian dan potensi murid secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar.
- Sentiasa memikirkan cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata.
4.0 LANGKAH
PEMANTAPAN BUDAYA INOVASI DI SEKOLAH OLEH KERAJAAN
4.1.1
PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN INOVATIF
~ Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi
sedang merangka Pelan Tindakan
Pembangunan Modal Insan Inovatif untuk menyemai budaya inovatif dan kreatif di kalangan
murid.
Pembangunan Modal Insan Inovatif untuk menyemai budaya inovatif dan kreatif di kalangan
murid.
~ Sekolah akan bertindak sebagai agensi pelaksana yang
menjalankan pengajaran dan pembelajaran
secara kreatif.
secara kreatif.
~ Digunakan sepenuhnya oleh guru sebagai garis panduan
untuk mencapai hasrat negara
meningkatkan keupayaan daya saing negara yang diukur berdasarkan kemampuan rakyat untuk
berinovasi.
meningkatkan keupayaan daya saing negara yang diukur berdasarkan kemampuan rakyat untuk
berinovasi.
4.1.2
PROGRAM I-THINK
~
Kerjasama KPM dan KPT dengan Agensi Inovasi Malaysia
melalui Program i-Think juga
merupakan pendekatan baru yang sesuai digunakan oleh guru untuk meningkatkan penaakulan
dalam kalangan murid.
~ Program ini telah dirintis di 10 buah sekolah dan diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh negara
untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
merupakan pendekatan baru yang sesuai digunakan oleh guru untuk meningkatkan penaakulan
dalam kalangan murid.
~ Program ini telah dirintis di 10 buah sekolah dan diharapkan dapat diperluaskan ke seluruh negara
untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
* dipetik dari petikan akhbar oleh
Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin sempena
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, Kuala Kangsar 2012.
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, Kuala Kangsar 2012.
5.0 ASPEK STRATEGI
PENGURUSAN INOVASI
* Memantau pencapaian pengurusan kualiti.
* Menjalin hubungan dan kerjasama dengan agensi
luar berkaitan dengan pengurusan inovasi.
5.1.1 CONTOH INSTITUSI PENDIDIKAN :
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS
- Amalan TQM dan MS ISO 9000
- Sistem Pengurusan Pencapaian
IAB
- Program Khas Peningkatan
Kualiti IAB
- Kumpulan Inovatif dan Kreatif
(KIK)
- Audit
5.1.2 SEKOLAH, INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI, KEMENTERIAN PELAJARAN, JABATAN PELAJARAN
- Pembinaan laman web
- Pertandingan Guru atau Jabatan
Inovatif
- Anugerah Guru Inovatif Hari
Guru
- Anugerah Inovasi Jabatan
- Kerjasama antara institusi
pendidikan dengan agensi luar, syarikat korporat,
jabatan kerajaan dan lain-lain.
- Pencapaian prestasi melalui KPI
di dalam NKRA yang ketiga.
5.1.3 SKOP
PELAKSANAAN INOVASI
A. ASPEK PERKHIDMATAN AWAM
A. ASPEK PERKHIDMATAN AWAM
Inovasi
Tadbir Urus
Inovasi
dalam Kemasyarakatan
Inovasi
Bandar
Inovasi
Penjagaan Kesihatan
Inovasi
Penjenamaan
Inovasi
Desa
Inovasi
Korporat
Inovasi
Industri
B.
ASPEK PENGURUSAN PENDIDIKAN
Pengurusan
Budaya Kerja
Pengurusan
Strategik dan Kepimpinan Organisasi
Pengurusan
Projek Pembangunan
Pengurusan
Sumber Manusia
Pengurusan
Teknologi dan Maklumat
Pengurusan
Kewangan dan Aset
5.1.4 KRONOLOGI INOVASI DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
1980-an
KBSR KBSM
Siaran
rancangan pendidikan SK dan SM melalui Radio dan TV Pendidikan
KPM
membekalkan alatan pendidikan berasaskan teknologi seperti radio, televisyen, overhead projektor
Projek
pendidikan berasaskan ICT dan pembekalan komputer
1990-an
Projek
Rintis Sekolah Bestari
Projek
KIA 2M
Smart
School Qualification Standards untuk Sekolah Bestari
KSSR
Projek
LINUS
Projek
1BestariNet
RMK 10
5.1.5 PERUBAHAN PENDIDIKAN
ISU
Perlu diramal
supaya organisasi bersedia terhadap kemungkinan positif atau negatif
Bergantung
kepada kehendak kepimpinan organisasi pendidikan, teknologi, kemanusiaan
Berlaku atas
dasar kepercayaan dan falsafah politik semasa
Melibatkan kos
yang tinggi dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan
OBJEKTIF
Mengurangkan
Konflik.
Mewujudkan
kolaborasi,hubungan baik dan kerjasama bagi kepentingan organisasi.
Meningkatkan
Keberkesanan.
Melalui
pencapaian, matlamat, objektif dan misi hasil gabungan usaha dan bakat ahli.
Meningkatkan
Kecekapan.
Hasil yang
diperoleh kesan dari penambahbaikan amalan dan ilmu pengetahuan ahli.
FAKTOR
1)
Dalaman
Peristiwa
atau sesuatu masalah
Pelantikan
pengetua atau guru besar baru
Prestasi
sekolah dalam akademik, kurikulum dan kokurikulum
2) Luaran
- Ekonomi
KEKANGAN
Sesuatu yang tidak
dapat dielakkan
Mempunyai
faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi
Memerlukan
kajian yang terperinci dalam skop yang global
Wujud
penentangan atas 4 faktor (Leigh, 1988)
-
- Psikologikal
6.0 PERANAN
GURU DALAM MELONJAK TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka
sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan
negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia
globalisasi.. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil
inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan
dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang
berlainan bangsa. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu
melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu.
Dalam mencapai taraf negara maju
pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam
melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri
untuk memmbangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan
berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang
bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan
secara terancang dan sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang
dipraktkikan d iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang
dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing alam
menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus
dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran
Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan
ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan keratif.Pakej
latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong
peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang
berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai
kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang
berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang
dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru
akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kuakiti dalam
e-pembelajaran.
Selain membangunkan dan
mempersiapkan diri menajdi guru yang kreatif dan berinovasi, guru berperanan menyediakan
bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan
kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik
darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan
penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik
merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar
bebentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru
menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti
pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa
kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu
contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah. Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh
dilaksanakan dalam meningkat kualiti pengajaran guru dalam memastikan peranan
guru melonjak transformasi pendidikan negara dilaksanakan. Semua pihak harus
memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan pendidikan yang diberikan dapat
menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan datang.
7.0 KEPENTINGAN PERUBAHAN DAN INOVASI
KURIKULUM BILIK DARJAH OLEH GURU
Pengurusan kurikulum bilik darjah merupakan proses
menyempurnakan tempat dan lokasi, bahan dan sumber, rekod dan dokumen,
komunikasi dan interaksi, ilmu, kemahiran, nilai, penilaian dan pentaksiran,
pelajar dan pembelajaran dan kurikulum dan pengajaran. Akan tetapi menurut
Goodlad (1973), kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan
(ill-defined) dan tiada kata sepakat mengenai sempadan ilmunya. Oleh sebab itu,
seiring dengan peredaran zaman, dapat dilihat pelbagai perubahan yang telah
berlaku dalam domain pengurusan kurikulum bilik darjah ini. Perubahan dan
inovasi dalam kurikulum bilik darjah itu juga merupakan salaha satu tahap dalam
pengurusan bilik darjah di mana perubahan dan inovasi ini adalah hasil daripada
refleksi kepada pelaksanaan kurikulum yang berlaku. Perubahan dalm inovasi
kurikulum bilik darjah amat penting kerana asas pendidikan pelajar berlaku
dalam bilik darjah. Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah juga harus
bergerak seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan bidang sains dan
teknologi yang sedang berkembang pesat. Keberkesanan pengurusan kurikulum bilik
darjah adalah terletak pada tangan guru.
Perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah amat
penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari
semasa ke semasa. Kurikulum pada zaman sekarang telah berubah di mana proses
pembelajaran tidak hanya tertumpu dalam bilik darjah yang memencilkan murid
dalam lingkungan empat dinding sahaja. Pelajaran pada zaman kini adalah secara
kolaboratif dan tanpa sempadan. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih
aktif, kreatif, motivatif dan dinamik kurikulum bilik darjah perlu sentiasa
diperbaharui. Kamus Dewan edisi keempat
mendefiniskan perkataan “inovasi” sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan
seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru. Inovasi juga merupakan
perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan dan sebagainya sesuatu yang baru. Istilah yang berkait rapat dengan “inovasi” ialah
“inovatif” yang bererti bersifat inovasi. Inovatif bermaksud suatu tindakan bagi mengada atau memulakan sesuatu
yang baru. (Zainal bin Haji Bujang, 2008)
Perubahan
dan inovasi bilik darjah amat perlu bagi memastikan guru lebih berkemahiran.
Oleh kerana keberkesanan inovasi bilik darjah adalah bergantung kepada guru,
maka secara tidak langsung akan menjadikan guru sentiasa perlu melengkapkan
diri dengan maklumat-maklumat terkini dan juga kaedah-kaedah pengajaran yang
baru dan sesuai. Antara ciri guru berinovasi adalah mempunyai kebolehan
untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir
secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.
Hal ini sejajar dengan pandangan Noriati A. Rashid dalam Guru dan
Cabaran Semasa iaitu guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang
kreatif dan inovatif. Di samping itu, guru berinovasi tidak akan terikat dengan
sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah,
sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah
serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Menurut Esah Sulaiman dalam Amalan
Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran,
prihatin terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu
keadaan atau bahan tertentu.
Satu
daripada tanggungjawab guru kepada murid adalah menjadi kreatif dan inovatif.
Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2010, mengemukakan
bahawa guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baharu dan dapat
menterjemahkan kehendak dan matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah,
pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan
inovatif.” Dengan adanya kurikulum bilik darjah yang sentiasa seiring dengan
perkembangan zaman, guru akan sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal
dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah,
dan apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada
mereka untuk bersaing di dunia nyata, selari dengan tujuan pendidikan seperti
yang terdapat dalam Undang-Undang Malaysia iaitu Pendidikan 1995 iaitu untuk
membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran, dan nilai murni yang
diperlukan dalam dunia yang berdaya saning tinggi serta bersifat global, kesan
daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
Pendidikan
pada abad ke-21 telah berubah tidak hanya tertumpu di dalam bilik darjah
semata-mata. Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kurikulum bilik
darjah juga perlukan perubahan dan inovasi untuk menghasilkan pelajar yang
lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik. Ini disebabkan oleh pelajar pada
zaman kini sudah didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat yang terkini
dan sekiranya tiada perubahan bagi kurikulum bilik darjah, mereka akan mudah
bosan. Noriati A. Rashid, 2009 menyatakan bahawa guru-guru tidak sepatutnya
meneruskan pengajarannya sedangkan ada dalam kalangan muridnya yang didapati
sudah hilang tumpuan. Halizah Hamzah, 2009, pula berpadangan bahawa guru
seharusnya melaksanakan kaedah atau teknik yang baharu, efektif dan yang dapat
merangsang minat murid. Kepelbagaian aktivti bukan sekadar berupaya
menarik minat murid bahkan juga boleh mewujudkan suatu situasi di mana murid
tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya.
Sememangnya
terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan oleh guru bagi meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kepelbagaian aktiviti
yang dicadangkan oleh Noriati A. Rashid dalam Murid dan Alam Belajar adalah
melalui pelbagai bermain sebagai usaha menarik minat murid menguasai sesuatu
pengetahuan tanpa disedari oleh murid bahawa mereka sedang belajar. Bagi murid-murid yang mempunyai gaya berfikir yang tinggi, guru boleh
menyediakan aktiviti analisis atau penyelesaian masalah dengan menggunakan
borang grafik manakala bagi murid yang kurang berminat untuk belajar.
Guru turut boleh mendorong pembelajaran pembelajaran aktif dengan menggunakan
audio visual yang menarik selain daripada menggunakan banyak peralatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau menggalakkan murid menghasilkan
sendiri bahan pembelajaran mereka. Pengajaran dan pembelajaran juga tidak
seharusnya hanya tertumpu di dalam kelas, sejajar dengan inovasi dalam
kurikulum bilik darjah, takrif bilik darjah juga adlah semakin luas dan tidak
boleh dihadkan dalam ruang empat dinding seperti pada abad ke-20. Dengan adanya
inovasi seperti ini akan menjadikan pembelajaran semakin menarik dan pelajar
tidak mudah bosan dan melahirkan generasi pelajar yang aktif, kreatif,
motivatif dan dinamik
Selain itu, perubahan dan inovasi bilik darjah adalah penting bagi
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan memudahkan
pengawalan kelas oleh guru. Menurut Anderson (1989), mengatakan pengurusan
bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang
menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran,
meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain
serta penggunaan masa pembelajaran yang efisyen. Selain itu, antara ciri guru berinovasi antara lainnya mampu menyediakan
persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya
kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir. Penyediaan
persekitaran pembelajaran yang positif sememangnya merupakan suatu aspek yang
amat penting. Noraini Idris dan Shuki Osman, dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Teori dan Praktis,
menyatakan bahawa guru perlu menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif
terhadap pembelajaran semasa mengajar.
Manakala
menurut Choong Lean Keow, dalam Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku , persekitaran
pembelajaran dalam konteks pendidikan merujuk kepada iklim dan budaya bilik
darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek tertentu iaitu pola
komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal, dan
kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Mook Soon Sang
dalam Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku pula mengemukakan ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif yang
merangkumi hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan
pelajar-pelajarnya serta kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan
peraturan bilik darjah yang diaturkan. Menurut beliau perasaan kekitaan
antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan
kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan
keilmuan dalam setiap kesempatan juga antara ciri bilik darjah yang baik. Dari
aspek iklim persekolahan yang kondusif, iklim persekolahan yang kondusif
adalah iklim persekolahan yang terbuka dan menggalakkan murid bebas
berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, serta bebas
melibatkan diri dalam aktiviti sekolah. Seorang guru yang baik berupaya
untuk mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.
Dengan adanya perubahan dan inovasi kurikulum bilis darjah ini juga boleh
mengatasi masalah kekurangan bahan pembelajaran dan juga menjimatkan tenaga dan
masa. Segala keperluan yang sukar disediakan oleh guru sebelum ini boleh
digantikan dengan penggunaan-penggunaan teknologi sperti penggunaan
perisian-perisian yang bersesuaian dan juga melalui simulasi ataupun animasi
berkomputer yang dapat membantu para pelajar merasai pengalaman dan
membayangkan yang tidak pernah mereka lalui. Selain penglibatan alatan-alatan
yang berteknologi, dengan konsep inovasi kurikulum bilik darjah, guru boleh
menggantikan bahan-bahan yang sukar diperoleh dengan menghasilkan model-model
yang hampir sama menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi dan juga boleh melibat
penglibatan kesuluruhan pelajar.
Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia, 1994, memberi takrifan bahawa inovasi
merupakan sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimaklumkan (seperti kaedah,
sistem, adat dan lain-lain). Inovasi atau pengenalam idea-idea baru dalam
pelbagai bentuk seperti pengenalan teknologi baru, perubahan-perubahan prosedur yang boleh
menjimatkan tenaga, masa dan kos, dan perubahan ini meningkatkan penghasilan
kerja.Menurut INTAN, antara ciri-ciri orang yang mempunyai sifat kreativiti dan
inovasi adalah sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan
masalah. Orang yang kreatif dan
inovatif juga berani untuk untuk mencuba teknik dan kaedah baru bertujuan
memudahkan sesuatu kerja selain suka bermain dengan idea dan berani
mencuba.
8.0 KESIMPULAN
Guru sebagai tunjang dalam sistem pendidikan negara merupakan faktor
utama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program pendidikan.
Ekoran daripada itu, keberhasilan program pendidikan negara yang menjurus kepada
pengisian wawasan pendidikan juga terletak di tangan guru. Sejajar dengan itu,
guru yang berdedikasi, bermotivasi berdaya gigih, mempunyai komitmen yang
tinggi dan semangat yang padu amat diperlukan untuk merealisaskani cita-cita
pendidikan negara ini di samping memenuhi tuntutan kecemerlangan dan melonjak
transformasi pendidikan negara ke arah wawasan pendidikan menjelang tahun 2020.
Di samping itu, untuk Malaysia mencapai taraf negara maju pada abad ke-21,
Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang matematik serta sains dan teknologi. Murid perlulah diberi peluang
dan kesedaran untuk mempelajari dan menguasai mata pelajaran yang berasaskan
sains dan teknologi. Hal ini sejajar dengan pendapat Peter F. Druker dalam Post
Capitalist Society, iaitu yang menyatakan masa hadapan perkembangan ekonomi
perindustrian dan perdagangan sesebuah negara ditentukan oleh para pekerjanya
yang menggunakan kekuatan mental dan bukannya kemahiran tenaga semata-mata.
Oleh itu, setiap tenaga pekerja yang dihasilkan perlulah berilmu dan mampu
menyesuaikan diri dengan perkembangan sains dan teknologi. Hal ini secara
tidak langsung membuktikan bahawa pendidikan menjadi dalam proses perindustrian
tinggi.
Kita tidak
dapat menafikan bahawa guru berperanan menjadi agen perubahan di dalam
masyarakat. Para guru berganding dengan ulama’ dan umara’
terus menerus tanpa putus asa, menggerakkan usaha membangun modal
insan terbilang. Ini termasuklah membangun minda anak-anak melalui ilmu fardhu
ain dan fardhu kifayah sehinggalah kepada ilmu-ilmu kehidupan, termasuklah ilmu
sains dan teknologi. Guru bukan hanya sekadar mengajar, malah guru turut
mendidik dan membentuk akhlak-akhlak terpuji. Manakala para pelajar yang ingin
dilahirkan pula bukan sahaja hebat inteleknya, malah beradab dan
berintegriti. Itulah antara perkara yang ingin dicapai dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan bertepatan dengan maksud hadith Nabi SAW:
“Apabila
seorang anak Nabi Adam AS meninggal dunia maka terputuslah (pahala) amalannya
kecuali dari (pahala) tiga (3) perkara iaitu sedekah jariah, ilmu (yang
dicurahkan) yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan (rahmat dan
keampunan) untuknya.” (Riwayat Muslim)
0 comments:
Post a Comment